Sunday 9 August 2015

Demam Sawan

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

DEMAM SAWAN
Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .
Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .
Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .
Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .
Punca demam sawan
Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .
Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.
Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .
Adakah demam sawan itu merbahaya ?
Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .
Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .
Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan
Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .
Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .
Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .
Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .
Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .
Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .
Kesimpulan
Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas . Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .


Thursday 6 August 2015

Gulai Masam Tempoyak Ikan Talapia

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

Resepi Gulai Masak Tempoyak Ikan Talapia

Ini permintaan orang puasa. Tak apa, kita tak puasa kita masak untuk orang berpuasa sama pahala kita dapat macam orang yang berpuasa. Ok ni nak kongsi resepi cara masak. Lain orang lain cara.

Bahan-bahan 

1. Ikan Talapia dikerat 3 (Lain2 ikan pun boleh)
2. Cili Api
3. Kunyit Hidup
4. Daun Kesum
5. Asam Keping
6. Tempoyak
7.Bunga Kantan
8. Air 

Cara Masak

1. Tumbuk lada dan kunyit.
2. Masukan lada dan kunyit yang dah ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama air, dan tempoyak. Kacau semua bagi sebati agar tempoyak tadi tak ketul-ketul.
3. Kemudian masukan ikan, daun kesum, asam keping serta garam. Boleh tambah tempoyak kalau rasa kurang pekat. Tapi bila dah masak kuah akan bertambah pekat. Kalau nk lagi sedap guna tempoyak baru. AA ni tempoyak baru yang mak mertua bagi. Tak sampai pun seminggu. 
4. Dah tengok menggelegak dan rasa pun dah ok, bolehlah angkat.

Alhamdulillah nampak macam sedap. Makanan macam ni memang feberet En. Faizali  Siap hirup lagi kuah. Nampak dia makan macam berselera je. AA tengok je sebab AA tak makan ikan talapia kalau masak berkuah macam ni. Kalau ada yang nak cuba tu selamat mencuba ye..

Oh! Agent Insurans PruBSN Ku

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥


Sedih rasa bila dapat agent insurans suka lompat-lompat dari satu insurans ke insurans lain. AA namakan agent insuran AA ni ialah En. XYZ. Sekarang ni apa yang AA tahu En. XYZ ni tengah buat insurans lain. Tapi apa yang merisaukan AA, AA takut bila kita perlukan guidenes tapi tak ada sesiapa yang boleh bantu. Tak akan nak tanya agent lain pulakkan. Daripada tempoh AA join insurans ni dari 1 April 2013 hingga sekarang 6 Ogos 2015 AA tak pernah claim apa-apa. Jadi tak ada masalah cuma AA terfikir bila saat, waktu AA perlu. Apa yang AA tahu dari kawan AA pun ambil insuran PruBSN dari En. XYZ ni. Dan anak dia pernah warded beberapa kali. Tapi amat mengecewakan sebab tak ambil berat langsung. Tak bertanya khabar dan tak diberitahu apa yang patut dibuat. Maksudnya En XYZ ni hanya menguruskan keahlian insurans kita dan menerima komisen. Maaf, kalau apa yang AA katakan ni menguris hati mana-mana pihak atau sesiapa.
Sesungguhnya itu bukan niat AA. Tapi kita sebagai pengguna dan pembayar agak terkilan bila diperlaku begini. Setahu AA, 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas kita warded kita layak dan boleh claim apa-apa kos perubatan. Ini AA tahu dari agent insurans anak AA. Alhamdulillah anak-anak AA dapat agent yang betul-betul buat kerja. Dan semoga Ustaz Borhan dan Ustazah sentiasa dalam lindungan Allah. Alhamdulillah sebab AA tak masukan anak-anak bawah En. XYZ.. kalau tidak samalah nasib anak AA dengan kawan. Dan akhirnya kawan AA keluar dari insurans bawah kendalian En. XYZ. Sebelum ni AA pernah terkena dengan agent insurans Takaful Ikhlas. AA ingatkan ambil dengan agent full time lebih baik dari part time. Rupanya itu tak menjamin apa-apa. AA call direct Takaful Ikhlas untuk dapatkan agent, tapi apa yang AA dapat ialah agent yang tak buat kerja. Memang sangat marah. Bila kita masuk ward dia tak buat apa-apa pun. Kemudian AA call dia tak jawap call. Bila AA sms dia tak reply. Last bila AA call pakai nombor lain baru jawap. Time tu AA memang nak marah. Dan AA berhenti lepas tu. Tak ada makna kalau ada insurans tp tak dapat apa yang patut kita dapat. tak apalah benda dah lepas. Cuma ambil pengajaran. Dan sekrang AA tengah survey untuk tukar agent. Tapi tak tahulah agent PruBSN anak ni nak tak ambil alih. Agent anak ni lebih alert. Bila ada apa-apa kita tak tahu dia bagi tahu. Siap ajar lagi kena buat apa. Apa yang perlu buat. Apa yang kita boleh buat dan kita layak. Dan kalau Ustaz Borhan tu tak dapat jawap pertanyaan kita dia akan cuba tanya kawan-kawan dan cuba jugak tolong. Alhamdulillah kepada Allah dan terima kasih kepada dia.. Semalam survey-survey dan google, kalau nk tukar agent boleh dan ini prosuder dia..

1- Cari agent yang kita nak.
2- Dapatkan borang tukar agent di pejabat insurans.
3- Isikan maklumat dan tandatangan.
4- Dapatkan tandangan agent baru yang kita pilih. 
5- Submit ke kaunter (mana branch) insurans tu.

Tetapi AA baru comfirm kan dengan HQ PruBSN. Agent baru tak akan dapat apa-apa komisyen. So kalau fikir siapa nak kan.. Sedihnya.. Ingatkan dulu ambil dengan member satu ofice senang nak berurusan. Tetapi ini juga yang kita dapat. Itulah AA fikir, kadang dalam setiap tindakan kita dah berhati-hati tapi bila nak kena memang terkena juga. Kalau ada sesiapa yang tercari-cari yang boleh dipercayai AA berani nak suggest kan Ustaz Borhan ni. Walaupun dia part time tapi dia buat kerja betul dan kita puas hati. Tak semestinya ambil dengan yang full time sahaja kita akan dapat yang terbaik. AA dah ada pengalaman sediri. Full time atau part time tak menjanjikan apa-apa. Semua tu sikap dan cara seseorang memegang amanah. Apapun AA berdoa semoga kami sekelurga dipermudahkan urusan. Insyaallah..Amin..

Wednesday 5 August 2015

Kasih Ibu dan Ayah

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

(Image dari Internet)
Oh Anakanda Ku.. Ketika kau berduka ku cuba hilangkan duka mu. Ketika kau bersedih ku cuba rasai kesedihan mu. Ketika kau terluka ku turut rasa terguris. Ketika kau menangis hatiku turut menangis. Ketika kau merintih hatiku turut merintih. Ketika kau jatuh ku turut terasa sakit. Ketika kau memanggil IBU. Hati ku terasa sayu. Ketika kau menangis memanggil IBU. Hati ku akan gundah-gulana. Tapi kerana aku IBU. Aku cuba kuat kerana mu. Namun kerana aku IBU jua Air mataku menitis. Benarlah pepatah mangatakan '' Kasih Ibu Membawa ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Masa.. " 
Setelah apa yang ku lalui dan rasai. Maka ketahuilah daku akan makna kasih sayang Ibu dan Ayah terhadap setiap anak-anaknya. Oh Ibu dan Ayah, ku mohon agar diri mu Sentiasa dalam lindungan Allah.
Ya Allah Kau Ampunkanlah dosa-dosa kedua Ibu Bapa Ku
Engkau Panjangkanlah Umur Mereka dengan Kesihatan yang baik 
Serta sentiasa dalam Kerahmatan Mu
Dan Kau Jauhkanlah Mereka Dari Segala Perkara-perkara Buruk..
Ya Allah Satukanlah Hati Kami Sekeluarga 
Dan Bawalah Kami Bersama Hingga Kesyurga
Amin, Amin, Amin..

Sekadar Catatan Diri Dan Ingatan..

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(Image dari Internet)
Catatan ini hanyalah sekadar untuk ingatan dan pesanan diri sendiri, agar mampu menjadi hamba-Nya yang jauh dari apa yang dimurkai dalam masa yang sama mengurangkan dosa-dosa dalam diri. Insyallah.. Bila direnungkan dan dimuhasabah diri, rupanya masih banyak yang perlu aku perbaiki. Samada cara berfikir, bertindak dan memberi respon terhadap keadaan sekeliling. Kadang bila direnungkan diri ini, terlalu banyak kesilapan ku sebagai hamba-Nya dan banyak yang perlu aku perbaiki dalam perhubungan sesama hamba-hamba Nya. Samada dari segi perbuatan dan juga pertuturan. Mungkin sudah banyak hati yang tersinggung dan terasa dengan diri ini samada aku sedar atau tidak. Ya Allah ampunkanlah aku.. Dan Kau bukakanlah hati hamba-hamba Mu supaya memaafkan segala salah silap dan keterlanjuran ku. Kadang dalam sedar dan tidak seringkali diri persoalkan tentang perbuatan,tindak tanduk, keputusan seseorang tetapi aku lupa aku sepatutnya meletakkan diriku ditempatnya sebelum berkata dan menilai apa-apa. Dan lebih baik diam dari  berkata apa-apa sebab kita tidak tahu keadaan sebenarnya. Dan selalulah meletakkan diri ini ditempat orang lain sebelum menilai dan berkata. Seharusnya lebih berhati-hati dalam berbuat dan berkata sesuatu. Subahanallah.. Hitamnya hatiku.. Aku juga mudah hilang kawalan diri dalam marah. Dan sering kali menyesal selepas tindakan. Sepatutnya sebagai hamba-Nya aku harus meletakkan kesalahan diri sendiri dulu dan memohon maaf terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu biarpun diri kita benar, biasakan memohon maaf dan mengakui kesalahan dengan merendah diri. Itulah sifat Nabi. Dengan itu secara automatik sifat kehambaan akan masuk dalam diri. Aduh.. Lemahnya iman ku.. 
(Image dari Internet)

Ya Allah Engkau bimbinglah hati ini,
Engkau bimbinglah daku dalam setiap perbuatan dan gerak hatiku ini..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
(Tiba-tiba terasa sayu hati ini kerana terasa masih jauh dari Nur Allah..)
Aku hamba biasa terkadang emosi mengatasi segalanya,
Maka Engkau pimpin dan bimbinglah Daku Ya Allah.....
Astaghfirullah al azeem...
Astaghfirullah al azeem...
Astaghfirullah al azeem..
 

.. Amni Arica Faizali .. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template