♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥
KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA
Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.
Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggilrisk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.
Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya.
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya.
Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.
| |||||||||||||||||||||||
|
Sunday 6 September 2015
Kesan Sampingan Setiap Ubat Yang Di Ambil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment