Tuesday 21 April 2015

Brownies Cheese Kukus

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Satu lagi resepi yang dirasakan menarik dan mungkin boleh buat bila free nanti. Insyaallah. Dikongsikan kat sini untuk perkongsian bersama dan jugak untuk simpanan sendiri.

BROWNIES CHEESE KUKUS
Bahan dan Cara buat Brownies Kek
- 2 biji telur
Bahan-bahan yang ayak bersama
1/3 cawan sebuk koko (boleh tambhan hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
-1/2 cawan tepung gandung
-1/2 susu teh baking powder
-1/4 sudu teh baking soda

Cara-Cara

1. Masukan telur ke dalam blender dan blender perlahan

2. Masukan bahan yang diayak dan blender hingga sebati.
3. Masukan ke dalam lyang 7 atau 8 inci yang digriskan dan dialas denga kertas minyak.
Kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.
(Simpan sikit adunan untuk buat corak atas lapisan cheese)
4. BIla adunan dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Bahan dan Cara buat Adunan Cheese
-500g cream cheese
-4 biji telur grade
-140g gula halus
-Sedikit esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga rata.
4. Tuang ke atas bronwnies yang dah siap dikukus.
5. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
6. Lorekkan denan hujung pisau atau lidi.
7. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
8. Sejukan sebelum dipotong dan boleh dihidangkan.

Insyaallah.. Alhamdulillah..

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(Image dari Internet)
Kita hidup di gunung, merindukan pantai.
Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan?
Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah keinginan untuk keluar.
Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari kedamaian.
Waktu ramai mencari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk bernikah.
Setelah berkeluarga mengeluh belum mempunyai anak.
Setelah ada anak mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum memiliki...

Bilakah kebahagian anak diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, 
tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki...

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini?
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar...

Tapi kalau daun kecil ini melekat di mata kita, 
maka tertutuplah bumi dengan daun...

Begitulah juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, 
maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, bumi ini akan tanpak buruk...

Jadi, janganlah menutup mata kita, 
walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, 
walaupun cuma seujung kuku.
(Image dari Internet)
Syukuri apa yang sudah kita miliki, 
sebagai modal untuk memuliakan Nya...

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan...

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat dalam segala perkara..

Jauhi sifat riyak dan sombong dengan apa yang kita miliki.. 
Ianya bukan milik kita, 
ianya milik Allah yang Maha Esa..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur ..
Insyaallah .. Alhamdulillah..

Friday 3 April 2015

4 Perkara Selamat Dari Siksa Kubur Dan 4 Pekara Harus Dijauhi

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia 
maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a) 
2. Hasan (anak Fatima r.a) 
3. Husin (anak Faimah r.a) 
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a 
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w.
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)." 
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

 1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah 
3. Hendaklah dia membaca al-Quran 
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 
1. Jangan berdusta 2. Jangan mengkhianat 
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini) 
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
 
(Di sinilah kita suatu hari nanti. Semoga kita tergolongan dalam
golongan orang2 yang beriman dan dijauhkan dari seksa
kubur dan api neraka. Ami3)
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
 
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Share dari blog page kisah2 teladan http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan3.htm
 

.. Amni Arica Faizali .. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template