Friday 8 January 2016

Keteringinan Jeruk Kelubi

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

Akhirnya.. dapat jugak.. dari balik kampung
hari nak ambil Ahmad Irfan tak jadi tu sampai hari ni baru dapat. Alhamdulillah,dapat jugak.

Hari tu balik kampung ada ma beli jeruk kelubi sedap pulak. Masam2, tak rasa asid jeruk pun. Tanya2 ma dia kata beli masa on de way balik klia ke sini. Bus singah kat Dengkil.  Jauh betul kalau nak gi beli kat Dengkil. 

Kat Mega Mall Kuantan pun ada, so beli kat sini jelah. Beli situ memang mahal. Rm14.++ dah nak makan, tak kisahlah..Tapi... rasa tak macam yang ma beli tu.. sob,sob,sob...
Tapi tak apalah kira kelubi jugak kan..

Alhmdullillah.. dah selamat pun separuh bekas..

Sunday 6 September 2015

Pedihnya A.Samad Said

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

Pedihnya - A. Samad Said

Hai Melayu..
Rumahnya semua dibina Indonesia
Ekonomi pula dikuasai Cina
Gologan profesional semuanya India
Warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa
Warga Bangla pula menjadi jaga
Orang Nepal menabur baja
Orang Pakistan usung karpet jaja merata-rata
Lalu Melayu apa?
Harapkan ustaz saling menyesat
Harapkan hiburan lagi best filem barat
Harapkan bahasa saling bertukar kesat
Harapkan tulisan jawi pun mereka hambat
Harapkan tanah banyak digadai korporat!

Hai Melayu..
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu jadi tuan
Rupanya kerja kelas bawahan
Ditipu mentah orang atasan
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit sembang kencang
Banyak rungut sikit rancang
Siapa tegur dituduh lancang
Duduk warung gigit kacang!

Hai Melayu..
Konon kau pantang dicabar
Konon kau pantas menyambar
Tapi cuma indah kabar
Kau Melayu aku pun Melayu
Aku menulis bukan cemburu
Aku mahu engkau tahu
Kenapa Melayu tak macam dulu!

Hai Melayu..
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya
Bila berdepan ekonomi semasa kau tidak berdaya
Kau cuma tahu bergaya

Hai Melayu..
Kau melaung-laung di jalan raya
Bagitahu pada dunia ini bumi aku yang punya
Pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai Melayu..
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka
Bila dah kaya kau jadi puaka
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu..
Sedarlah bangsa ku
Bukalah minda mu
Bersatulah bangsa ku
Kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku Melayu kau pun Melayu!
Bodoh sombong harus di tepis,
riak, bongkak dan hasad dengki sesama bagsa harus guris,
Bersatulah Melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara berjasa dan berkuasa..
Pedih menyengat..

Kesan Sampingan Setiap Ubat Yang Di Ambil

0 comments


♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggilrisk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. 

Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.

Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.


ubatan1.jpeg


Panadol , Antihistamine & Antibiotik


Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat sepertipanadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbul lah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab.


Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan. Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.


Aspirin


Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.


Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah.


Ventolin


Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.


Neulin


Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.


Bahan Besi ( Iron Tablets )


Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia.


Anti-Convulsant


Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini .


Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan.


Phenobarbitone


Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyakphenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan.


Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.


Steroid


Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya.


Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.


Vitamin D


Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ).


Vitamin A


Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.


Penicillin


Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.


Ini Bezanya Dulu Dan Sekarang

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

Zaman dahulu bila duduk aja kat restoran kita akan tanya,teh ais ada?
Zaman sekarang kita akan tanya  "mamak, password wifi apa"...

Zaman dahulu, imam akan remind, "luruskan saf, rapatkan antara tumit"..
Zaman sekarang imam akan remind, "matikan henpon..."

Zaman dahulu kita terima khabar mengejut dengan telegram,
Zaman sekarang kita sembang dengan Telegram...

Zaman dahulu banyak accident kereta sebab terlelap,
Zaman sekarang banyak accident sebab sibuk whatsapp.

Zaman dulu kita berjual beli pakai timbang kati,
Zaman sekarang kita jual beli pakai GST

Zaman dulu org bangun pagi dok mikir nak makan ape,
zaman skrg org bangun pagi dok mikir nak makan sapa......

Semoga bahagia
Assalamualaikum...

Kita hidup digunung, merindukan pantai. 
Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? 
Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. 
Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah.
Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. 
Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. 

Alhamdulillah utk renungan bersama.

Sunday 9 August 2015

Demam Sawan

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

DEMAM SAWAN
Selalunya orang akan berasa takut melihat seseorang anak dalam keadaan sawan. Seorang bayi yang sawan tidak sedarkan diri, matanya selalu berpusing keatas dan seluruh badan serta kaki dan tangannya terasa keras dan seolah -olah menggilgil . Keadaan ini juga biasa dikenali sebagai tarik . Ramai di antara ibu bapa yang telah melihat bayi mereka mengalami tarik menyatakan yang mereka fikir bayi mereka hampir putus nyawanya .
Punca sawan di kalangan kanak -kanak yang kerap sekali terdapat ialah demam panas . Adalah dianggarkan yang sekurang -kurangnya satu peratus dari kanak - kanak mengalami demam sawan . Demam sawan juga merupakan satu sebab utama bagi ramai kanak - kanak masuk wad .
Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun . Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu . Sawan yang berlaku dikalangan bayi - bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca - punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis . Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya . Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak , dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium .
Biasanya bayi - bayi yang mendapat demam sawan hanya mengalami sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Tetapi ada juga bayi - bayi yang masih terus mendapat demam sawan berkali - kali sehingga usianya tiga tahun terutamanya jika dia tidak diberi ubat - ubat yang boleh mencegah sawan .
Punca demam sawan
Kebanyakkan demam sawan yang berlaku adalah disebabkan oleh demam virus dan tanda - tanda yang didapati termasuklah selsema , batuk dan kurang minat menyusu . Tetapi ada sahaja penyakit yang boleh menaikkan suhu badan bayi - bayi atau kanak - kanak boleh membawa kepada demam sawan seperti penyakit lebam paru - paru ( pneumonia ) .
Untuk mengelakkan sawan , suhu badan bayi - bayi dan kanak - kanak mestilah diturunkan . Lazimnya seseorang bayi atau kanak - kanak yang demam mungkin tidak berminat untuk meminum air atau susu tetapi dia mestilah digalakkan juga untuk meminum seberapa banyak yang bolh . Baju yang dipakai mestilah nipis . Baju yang tebal akan menaikkan suhu badan . Ubat -ubatan untuk mengurangkan demam seperti panadol bolehlah diberi sementara mendapat penilaian dari doktor -doktor.
Aspirin adalah sangat berkesan untuk menurunkan suhu badan tetapi tidak digemari oleh kebanyakan pakar kanak -kanak kerana ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan ubat ini boleh meninggikan risiko untuk seseorang bayi atau kanak -kanak itu mendapat penyakit yang dipanggil ' Reye' Syndrome ' . Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk selsema dan demam walaupun tidak tinggi . Adakalanya penyakit ini bermula dengan muntah dan cirit . Setelah beberapa hari tanda -tanda ini mungkin surut tetapi biasanya dengan tiba -tiba keadaan berubah menjadi lebih tenat dimana kanak -kanak itu mengantuk atau tidak sedarkan diri dan mungkin mengalami sawan walaupun suhu badannya tidak tinggi . Penyakit ini boleh membawa maut dan bagi mereka yang dapat diselamatkan ada yang mengalami masalah -masalah perkembangan seperti kecacatan fizikal dan kecacatan akal . Saya ingin menegaskan bagaimana pentingnya ibu bapa tidak memberi Aspirin kepada anak -anak kecil .
Adakah demam sawan itu merbahaya ?
Demam sawan selalunya berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi dan biasanya berlaku untuk beberapa minit sahaja , jarang sekali lebih dari 15 minit. Tetapi para doktor berasa khuatir kalau demam sawan berlanjutan sehingga lebih dari 20 minit kerana ini mungkin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan intelek kanak -kanak itu . Ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa sejenis penyakit sawan ( temporal lobe epilepsy ) boleh berlaku kepada sebahagian kecil kanak -kanak yang demam sawan . Dalam keadaan ini kanak -kanak tidak sedarkan diri , menepuk -nepuk pipinya ,bermain -main lidahnya serta menunjukan kelakuan yang agak aneh sepanjang sawan itu berlaku .
Sawan boleh menjejaskan perkembangan intelek dan juga prestasi persekolahan kanak -kanak itu . Kanak -kanak yang mendapat demam sawan yang lama , iaitu lebih dari 30 minit , ketar -ketar disebelah badan sahaja dan mereka yang mempunyai saudara mara dekat yang menghidap penyakit sawan di anggap mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit sawan atau Epilepsy .
Langkah -langkah yang perlu diambil apabila bayi demam sawan
Jika demam sawan berlaku ibu bapa perlulah bertenang dan yakin bahawa keadaan ini akan berlalu selepas beberapa minit . Mereka dinasihatkan untuk membaringkan bayi disebelah badan supaya tidak mudah cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru -paru , lalu membawa kepada penyakit ' pneumonia ' . Tuala yang direndam dengan air suam bolehlah disapukan kemuka serta tubuh badan yang telah ditelanjangkan . Jika demam sawan tidak reda selepas beberapa minit bayi itu hendaklah dibawa keklinik yang berdekatan supaya sawannya diberhentikan dengan suntikan seperti valium atau paraldehyde yang akan diberi oleh doktor .
Adalah dinasihatkan supaya bayi -bayi dan kanak -kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpastikan dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan . Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal , mental dan kerosakan deria -deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut . anggapan -anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya di ambil ( lumbar puncture ) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan proseder ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis . Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak -kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis .
Kanak -kanak yang mula mendapat penyakit demam sawan dibawah usia setahun selalu didapati mudah mendapat sawan berulang lagi kalau dibandingkan dengan kanak -kanak yang mendapat sawan pada pertama kalinya bila berusia lebih dari dua tahun . Ada doktor -doktor yang menyarankan supaya ubat seperti phenobarbitone digunakan pada setiap hari untuk mengurangkan kemungkinan kanak -kanak itu mendapat demam sawan sekali lagi . Adalah disarankan supaya phenobarbitone diberi pada setiap malam hingga usia kanak -kanak itu lebih dari tiga tahun kerana selepas usia ini risiko untuknya mendapat demam sawan adalah rendah .
Ubat jenis lain yang boleh digunakan ialah ' Diapezam ' ( Valium ) yang diberi dengan cara ' suppository ' iaitu dijolokkan kedalam bahagian dubur setiap kali kanak -kanak ini mendapat demam yang tinggi dan ini akan mencegah demam sawan berlaku . Kesan -kesan sampingan bagi ibu seperti phenobarbitone jika digunakan adalah sedikit Umpamanya , ia boleh menyebabkan kanak -kanak itu sukar menumpukan perhatian kepada sesuatu perbuatan ( hyperactivity ) atau kanak -kanak itu berasa mengantuk terutamanya jika ubat ini terlalu banyak dimakan .
Apabila ubat diberi untuk jangka masa yang lama ( seperti phenobarbitone )selalu didapati ibu bapa gagal memberi anak mereka ubat setiap hari . Adakalanya berbulan -bulan kanak -kanak itu tidak menerima ubat yang dibekalkan oleh doktor itu . Akibatnya ialah apabila kanak -kanak itu mendapat demam yang tinggi suhunya dia boleh mendapat demam sawan walaupun ubat phenobarbitone dimulakan semula . Ubat phenobarbitone perlu diberi setiap hari untuk sekurang -kurangnya tujuh hari sebelum tahap ubat didalam darah cukup untuk mencegah sawan .
Ada juga doktor -doktor yang menggunakan ubat sodium valproate sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari sehingga anak itu sudah berumur sekurang -kurangnya tiga tahun . Walaupun ubat ini berkesan adakalanya kanak -kanak itu boleh mendapat kesan sampingan yang melibatkan hati atau ' liver ' dan oleh kerana itu ramai pakar kanak -kanak lebih gemar menggunakan phenobarbitone kerana ia dianggap lebih selamat .
Kesimpulan
Demam sawan jarang membawa maut tetapi boleh menimbulkan rasa cemas . Ia jarang membawa kesan yang buruk kepada perkembangan kanak -kanak . Kadangkala episop ini merupai penyakit meningitis dan doktor mungkin perlu memeriksa air dalam tulang belakang ( melakukan lumbar puncture ) . Sekumpulan kanak -kanak yang menghidap demam sawan menghadapi risiko yang sangat tinggi sawan itu berulang . Doktor -doktor akan menyarankan supaya ubat yang tertentu dimakan setiap hari untuk mencegahnya ( prophylaxis ) .


Thursday 6 August 2015

Gulai Masam Tempoyak Ikan Talapia

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

Resepi Gulai Masak Tempoyak Ikan Talapia

Ini permintaan orang puasa. Tak apa, kita tak puasa kita masak untuk orang berpuasa sama pahala kita dapat macam orang yang berpuasa. Ok ni nak kongsi resepi cara masak. Lain orang lain cara.

Bahan-bahan 

1. Ikan Talapia dikerat 3 (Lain2 ikan pun boleh)
2. Cili Api
3. Kunyit Hidup
4. Daun Kesum
5. Asam Keping
6. Tempoyak
7.Bunga Kantan
8. Air 

Cara Masak

1. Tumbuk lada dan kunyit.
2. Masukan lada dan kunyit yang dah ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama air, dan tempoyak. Kacau semua bagi sebati agar tempoyak tadi tak ketul-ketul.
3. Kemudian masukan ikan, daun kesum, asam keping serta garam. Boleh tambah tempoyak kalau rasa kurang pekat. Tapi bila dah masak kuah akan bertambah pekat. Kalau nk lagi sedap guna tempoyak baru. AA ni tempoyak baru yang mak mertua bagi. Tak sampai pun seminggu. 
4. Dah tengok menggelegak dan rasa pun dah ok, bolehlah angkat.

Alhamdulillah nampak macam sedap. Makanan macam ni memang feberet En. Faizali  Siap hirup lagi kuah. Nampak dia makan macam berselera je. AA tengok je sebab AA tak makan ikan talapia kalau masak berkuah macam ni. Kalau ada yang nak cuba tu selamat mencuba ye..

Oh! Agent Insurans PruBSN Ku

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥


Sedih rasa bila dapat agent insurans suka lompat-lompat dari satu insurans ke insurans lain. AA namakan agent insuran AA ni ialah En. XYZ. Sekarang ni apa yang AA tahu En. XYZ ni tengah buat insurans lain. Tapi apa yang merisaukan AA, AA takut bila kita perlukan guidenes tapi tak ada sesiapa yang boleh bantu. Tak akan nak tanya agent lain pulakkan. Daripada tempoh AA join insurans ni dari 1 April 2013 hingga sekarang 6 Ogos 2015 AA tak pernah claim apa-apa. Jadi tak ada masalah cuma AA terfikir bila saat, waktu AA perlu. Apa yang AA tahu dari kawan AA pun ambil insuran PruBSN dari En. XYZ ni. Dan anak dia pernah warded beberapa kali. Tapi amat mengecewakan sebab tak ambil berat langsung. Tak bertanya khabar dan tak diberitahu apa yang patut dibuat. Maksudnya En XYZ ni hanya menguruskan keahlian insurans kita dan menerima komisen. Maaf, kalau apa yang AA katakan ni menguris hati mana-mana pihak atau sesiapa.
Sesungguhnya itu bukan niat AA. Tapi kita sebagai pengguna dan pembayar agak terkilan bila diperlaku begini. Setahu AA, 3 bulan sebelum dan 3 bulan selepas kita warded kita layak dan boleh claim apa-apa kos perubatan. Ini AA tahu dari agent insurans anak AA. Alhamdulillah anak-anak AA dapat agent yang betul-betul buat kerja. Dan semoga Ustaz Borhan dan Ustazah sentiasa dalam lindungan Allah. Alhamdulillah sebab AA tak masukan anak-anak bawah En. XYZ.. kalau tidak samalah nasib anak AA dengan kawan. Dan akhirnya kawan AA keluar dari insurans bawah kendalian En. XYZ. Sebelum ni AA pernah terkena dengan agent insurans Takaful Ikhlas. AA ingatkan ambil dengan agent full time lebih baik dari part time. Rupanya itu tak menjamin apa-apa. AA call direct Takaful Ikhlas untuk dapatkan agent, tapi apa yang AA dapat ialah agent yang tak buat kerja. Memang sangat marah. Bila kita masuk ward dia tak buat apa-apa pun. Kemudian AA call dia tak jawap call. Bila AA sms dia tak reply. Last bila AA call pakai nombor lain baru jawap. Time tu AA memang nak marah. Dan AA berhenti lepas tu. Tak ada makna kalau ada insurans tp tak dapat apa yang patut kita dapat. tak apalah benda dah lepas. Cuma ambil pengajaran. Dan sekrang AA tengah survey untuk tukar agent. Tapi tak tahulah agent PruBSN anak ni nak tak ambil alih. Agent anak ni lebih alert. Bila ada apa-apa kita tak tahu dia bagi tahu. Siap ajar lagi kena buat apa. Apa yang perlu buat. Apa yang kita boleh buat dan kita layak. Dan kalau Ustaz Borhan tu tak dapat jawap pertanyaan kita dia akan cuba tanya kawan-kawan dan cuba jugak tolong. Alhamdulillah kepada Allah dan terima kasih kepada dia.. Semalam survey-survey dan google, kalau nk tukar agent boleh dan ini prosuder dia..

1- Cari agent yang kita nak.
2- Dapatkan borang tukar agent di pejabat insurans.
3- Isikan maklumat dan tandatangan.
4- Dapatkan tandangan agent baru yang kita pilih. 
5- Submit ke kaunter (mana branch) insurans tu.

Tetapi AA baru comfirm kan dengan HQ PruBSN. Agent baru tak akan dapat apa-apa komisyen. So kalau fikir siapa nak kan.. Sedihnya.. Ingatkan dulu ambil dengan member satu ofice senang nak berurusan. Tetapi ini juga yang kita dapat. Itulah AA fikir, kadang dalam setiap tindakan kita dah berhati-hati tapi bila nak kena memang terkena juga. Kalau ada sesiapa yang tercari-cari yang boleh dipercayai AA berani nak suggest kan Ustaz Borhan ni. Walaupun dia part time tapi dia buat kerja betul dan kita puas hati. Tak semestinya ambil dengan yang full time sahaja kita akan dapat yang terbaik. AA dah ada pengalaman sediri. Full time atau part time tak menjanjikan apa-apa. Semua tu sikap dan cara seseorang memegang amanah. Apapun AA berdoa semoga kami sekelurga dipermudahkan urusan. Insyaallah..Amin..

Wednesday 5 August 2015

Kasih Ibu dan Ayah

0 comments
♥♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥♥

(Image dari Internet)
Oh Anakanda Ku.. Ketika kau berduka ku cuba hilangkan duka mu. Ketika kau bersedih ku cuba rasai kesedihan mu. Ketika kau terluka ku turut rasa terguris. Ketika kau menangis hatiku turut menangis. Ketika kau merintih hatiku turut merintih. Ketika kau jatuh ku turut terasa sakit. Ketika kau memanggil IBU. Hati ku terasa sayu. Ketika kau menangis memanggil IBU. Hati ku akan gundah-gulana. Tapi kerana aku IBU. Aku cuba kuat kerana mu. Namun kerana aku IBU jua Air mataku menitis. Benarlah pepatah mangatakan '' Kasih Ibu Membawa ke Syurga Kasih Ayah Sepanjang Masa.. " 
Setelah apa yang ku lalui dan rasai. Maka ketahuilah daku akan makna kasih sayang Ibu dan Ayah terhadap setiap anak-anaknya. Oh Ibu dan Ayah, ku mohon agar diri mu Sentiasa dalam lindungan Allah.
Ya Allah Kau Ampunkanlah dosa-dosa kedua Ibu Bapa Ku
Engkau Panjangkanlah Umur Mereka dengan Kesihatan yang baik 
Serta sentiasa dalam Kerahmatan Mu
Dan Kau Jauhkanlah Mereka Dari Segala Perkara-perkara Buruk..
Ya Allah Satukanlah Hati Kami Sekeluarga 
Dan Bawalah Kami Bersama Hingga Kesyurga
Amin, Amin, Amin..

Sekadar Catatan Diri Dan Ingatan..

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(Image dari Internet)
Catatan ini hanyalah sekadar untuk ingatan dan pesanan diri sendiri, agar mampu menjadi hamba-Nya yang jauh dari apa yang dimurkai dalam masa yang sama mengurangkan dosa-dosa dalam diri. Insyallah.. Bila direnungkan dan dimuhasabah diri, rupanya masih banyak yang perlu aku perbaiki. Samada cara berfikir, bertindak dan memberi respon terhadap keadaan sekeliling. Kadang bila direnungkan diri ini, terlalu banyak kesilapan ku sebagai hamba-Nya dan banyak yang perlu aku perbaiki dalam perhubungan sesama hamba-hamba Nya. Samada dari segi perbuatan dan juga pertuturan. Mungkin sudah banyak hati yang tersinggung dan terasa dengan diri ini samada aku sedar atau tidak. Ya Allah ampunkanlah aku.. Dan Kau bukakanlah hati hamba-hamba Mu supaya memaafkan segala salah silap dan keterlanjuran ku. Kadang dalam sedar dan tidak seringkali diri persoalkan tentang perbuatan,tindak tanduk, keputusan seseorang tetapi aku lupa aku sepatutnya meletakkan diriku ditempatnya sebelum berkata dan menilai apa-apa. Dan lebih baik diam dari  berkata apa-apa sebab kita tidak tahu keadaan sebenarnya. Dan selalulah meletakkan diri ini ditempat orang lain sebelum menilai dan berkata. Seharusnya lebih berhati-hati dalam berbuat dan berkata sesuatu. Subahanallah.. Hitamnya hatiku.. Aku juga mudah hilang kawalan diri dalam marah. Dan sering kali menyesal selepas tindakan. Sepatutnya sebagai hamba-Nya aku harus meletakkan kesalahan diri sendiri dulu dan memohon maaf terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu biarpun diri kita benar, biasakan memohon maaf dan mengakui kesalahan dengan merendah diri. Itulah sifat Nabi. Dengan itu secara automatik sifat kehambaan akan masuk dalam diri. Aduh.. Lemahnya iman ku.. 
(Image dari Internet)

Ya Allah Engkau bimbinglah hati ini,
Engkau bimbinglah daku dalam setiap perbuatan dan gerak hatiku ini..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..
(Tiba-tiba terasa sayu hati ini kerana terasa masih jauh dari Nur Allah..)
Aku hamba biasa terkadang emosi mengatasi segalanya,
Maka Engkau pimpin dan bimbinglah Daku Ya Allah.....
Astaghfirullah al azeem...
Astaghfirullah al azeem...
Astaghfirullah al azeem..

Friday 5 June 2015

Sotong Sumbat/Ketupat Sotong Cik Ani

2 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tak tahu apa sebenarnya nama asal makanan ni. Ada yang panggil sotong sumbat dan ada yang panggil ketupat sotong. Tapi rasanya dua2 pun boleh. Rasanya la ketupat sotong ni orang sebelah Pantai Timur bahasakan. Sotong sumbat ni negeri luar2 kot. Tu hanyalah toeri aku. Mungkin ada yang lebih tahu pasal nama makanan ni. Aku hanya nak berkongsi resepi dan cara aku buat makanan ni. Aku ada campuran Kelantan dan Pahang. Aku buat ni ikut resepi Kelantan cara orang tua aku buat.  Aku buat tak berkuah. Kalau K.long aku buat berkuah. Masing2 ubah ikut kehendak masing2. Ini resepinya. Tapi kuantiti aku tak letak sebab semua bergantung atas berapa banyak sotong yang kita buat

Bahan-bahan
1. Sotong (Jangan terlalu kecil nanti bila masak tersangatlah kecil)
2. Beras putut 
3. Gula nisan
4. Lidi
5. Santan
6. Daun pandan (tak ada pun xapa)
5. Garam

Cara-cara
1. Rendam beras pulut dalam santan bersama sedikit garam (Rendam beras pulut bagi kembang untuk
lebih cepat masak. Dan letak garam sebab nak bagi rasa ada lemak2 sikit. Tapi sikit je, nanti masin pulak.)
2. Sumbat pulut dalam sotong dan sumbat kepala sotong dalam badan dan cukuk lidi (Letak pulut setengah badan sotong je. Jangan penuh. Nanti nak sumbat
kepala sotong.)
3. Masukkan sotong dalam periuk bersama santan, daun pandan. (Kuantiti santan tu agak2 lah, jangan letak terlalu banyak atau sikit. Bagi tenggelam sikit badan2 sotong tu.)
4. Masak dengan api kecil dan tutup periuk. 
5. Bila menggelegak masukkan gula nisan yang telah dipatah-patahkan. (Kuantiti atas citarasa masing2, kalau tak suka manis letak sikit jer) Kalau nak kering tunggu sampai kering, kalau nak berkuah boleh lah angkat bila dah rasa masak.

Ada orang makan sotong dengan nasi dan ada pulak makan sotong saja. Kalau suami aku suka makan dengan nasi. Tapi aku dua2 boleh. Rasanya tu jelah untuk buat sotong sumbat/ketupat sotong. Kalau rasa nak try cara aku sila la. Nanti boleh belanja picture ok. Nak mintak makan tak sampai kot. Itu saja resepi Sotong Sumbat/Ketupat Sotong Cik Ani.

Biarlah

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Biar rumah kecil
Asal anak tak degil..

Biar kereta lama
Asal berjalan sama..

Biar tak naik pangkat
Asal kerja berkat..

Biar gaji tak naik
Asal niat kita baik..

Biar orang tak puji
Asal Allah tak mengeji..

Biar rupa tak handsome..
Asal perilaku oseme..

Biar tak rupa tak cantik..
Asal peribadi menarik..

Thursday 21 May 2015

Kelas Jahitan Jubah/Dress

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. 7 Mac 2015 baru ni ada pegi kelas jahitan jubah/dress di Medan Mara. Tiba2 datang semula minat nak menjahit. Bila fikirkan upah jahit pakaian makin mahal aku fikir aku patut buat sesuatu untuk elak semua kos2 tuh. Kelas ni berjalan dalam masa sehari. Start dari jam 10 pagi sampai 5 petang. Alhamdulillah. Jadilah sehelai jubah/dress. Dah try pakai. Tapi picture tak ada nak di share. Walau apa pun ada part yang aku kena baiki dan practice. Contoh bahagian ketiak dress ni agak ketak. Tapi cikgu yang ajar tu bagitahu just alter di pola sahaja. So pola kena simpan untuk buat dress lain. Itu pun kalau badan tak bertambah besar. Dan di bahagian jahitan ketiak atau lubang ketiak aku kena banyak belajar. Jahitan aku tak kemas. Rasa macam susah pulak nak jahit tang ketiak tu. Tak tahu kenapa aku tak pasti. kain dah dipotong ikut pola. Tapi bila nak jahit bahagian lengan ketiak tu lebih besar dari lubang. Mungkin ada yang lebih expert boleh share. Apapun lepas ni kena practice dan terus buat. Kalau tak tak nak mensia2 masa dan kos belajar.

Wednesday 13 May 2015

Kata Orang Kita vs Kata Orang Islam

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

(Image dari Internet)
Orang kita kata
Kalau dah ada rezeki baru kawin
Tapi orang ISLAM kata 
Nak tambah rezeki kene kawin.

Orang kita kata
Nak senang kena banyak simpan duit
Tapi orang ISLAM kata
Nak senang kena banyak keluarkan duit/sedekah.

Orang kita kata
Dah kaya baru bantu orang miskin
Tapi orang ISLAM kata
Kalau nak kaya kena bantu orang miskin.

Orang kita kata
Makan sampai kenyang
Tapi orang ISLAM kata
Berhenti sebelum kenyang.

Orang kita kata
Kaya itu bala
Tapi orang ISLAM kata 
Sakit itu penghapus dosa.

Inilah keindahan ISLAM
Yang sentiasa POSITIF
Yang bersandarkan keyakinan tinggi kepada ALLAH

ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
(Image dari Internet)

Tuesday 21 April 2015

Brownies Cheese Kukus

0 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Satu lagi resepi yang dirasakan menarik dan mungkin boleh buat bila free nanti. Insyaallah. Dikongsikan kat sini untuk perkongsian bersama dan jugak untuk simpanan sendiri.

BROWNIES CHEESE KUKUS
Bahan dan Cara buat Brownies Kek
- 2 biji telur
Bahan-bahan yang ayak bersama
1/3 cawan sebuk koko (boleh tambhan hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko)
-1/2 cawan tepung gandung
-1/2 susu teh baking powder
-1/4 sudu teh baking soda

Cara-Cara

1. Masukan telur ke dalam blender dan blender perlahan

2. Masukan bahan yang diayak dan blender hingga sebati.
3. Masukan ke dalam lyang 7 atau 8 inci yang digriskan dan dialas denga kertas minyak.
Kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.
(Simpan sikit adunan untuk buat corak atas lapisan cheese)
4. BIla adunan dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.

Bahan dan Cara buat Adunan Cheese
-500g cream cheese
-4 biji telur grade
-140g gula halus
-Sedikit esen vanilla

Cara-cara
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga rata.
4. Tuang ke atas bronwnies yang dah siap dikukus.
5. Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.
6. Lorekkan denan hujung pisau atau lidi.
7. Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.
8. Sejukan sebelum dipotong dan boleh dihidangkan.
 

.. Amni Arica Faizali .. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template