Wednesday 4 March 2015

Hanger Tudung/Shawl/Bawal

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥

Just sampingan dan sekadar berkongsi. Kot kalau ada yang berminat. Kat sini ada dua jenis hanger. Kalau ada yang berminat bolehla beli dari aku ye. Aku suka hanger ni sebab kemas nak teratur bila simpan tudung. Sebelum ni kepit tudung awning tu guna pengepit kain dan kepit kat hanger. Tapi lama2 hanger tu jadi melendut. Dan tak nampak kemas pun. Tapi sebab itu je yang ada kita guna jelah. Tapi sekarang lagi puas hati guna hanger ni. Lagi kemas. Tudung nampak cantik dan terjaga. Dalam masa yang sama ruang bilik simpan tudung pun nampak kemas. Cantik luar cantik dalam . Sedap mata memandang. 

Ini hanger yang dimaksudkan.

Kanan ni >>>
Hanger tudung besi 17 lubang beserta kelip 
RM25 je satu set


<<< Kiri ni
Hanger Shawl/Bawal
10pcs 1set
- RM12 satu set

Harga tak termasuk pos. 
Pos RM7 saje.


Kalau rasa berminat boleh comment kat ruangan comment. 
Sekian saja perkongsian malam ni. Salam.

Tuesday 3 March 2015

Tentang Novel

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥

Aku bukanlah peminat tegar novel. Mungkin kalau nak dibandingkan dengan dulu aku adalah diantaranya.Tapi rasanya ada dua sebab kenapa aku dah xbaca novel. Satu mungkin sebabkan oleh masa jadi minat tu dah berubah. Dan kedua, dulu berhenti baca novel sebab frust bercinta. (Valid ke reason tu).

Hahaha.. Lepas frust, dah tak berapa nak layan sangat novel ni. Sebab bila baca novel hati dan perasaan terbawa2 kepada oleh perasaan. Tapi Itu dulu. Sekarang tak lagi. Cuma tak berapa minat novel ni sebab masa agak terhad. Dulu masa bujang banyak masa yang terluang. Lepas waktu kerja, balik rumah dah xada apa2 nak buat. Jadi layan la novel. Tambah pulak tempat aku keje mudah nak dapat novel2 ni. Memang gedung. Sekarang dah tak sempat nak baca. Bukan sebab frust lagi tau. Dah lama dapat lupakan dan terima kenyataan. Dan bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki sekarang. aku percaya pada takdir Allah. Dan pada siapa yang putus cinta tu percayalah. Allah tak jadikan sesuatu perkara tu sia2 melainkan ada hikmatnya. Dan Allah tak berikan sesuatu ujian itu


pada seseorang kalau hambanya tak mampu hadapi. Sekuat mana ujian yang dia berikan sebenarnya Dia tahu yang kita boleh hadapinya. Percayalah, dan jangan bersedih. Tunggu masa dan ketikanya. Dan bila tiba masanya kita pula akan berterima kasih kepada Allah atas ujian tu. Ini just nak berkongsi dengan peminat2 novel. Sekarang banyak novel baru. Semua nampak macam best. Bookmark semua dah diambil. Dan dijadikan penghias meja. ♥♥♥♥♥ Selamat membaca dan boleh lah cari.

Monday 2 March 2015

Anak Dan Cuti Tanpa Gaji

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥

Bila tengok wajah anak waktu tidur, bertambah sayu rasa hati. Dan datang perasaan sayu. Semoga catatan ni boleh dijadikan tatapan buat anak2 juga. Berapa jam sangatlah waktu bersama anak2. 6 pg bangun dan 7 pg dah keluar rumah. Masing2 akan keluar dengan urusan masing2.  Ibu ke pejabat dan ayah akan hantar anak2 ke destinasi masing2 dan seterusnya masuk ke pejabat. 6 ptg Insayaallah panjang umur, kita jumpa semula kat rumah. 6 ptg bila sampai di rumah anak2 dan suami dah ada. Sampai rumah salin pakaian dan mulakan urusan di dapur dan pastikan siap sebelum jam 7 malam. Suami akan bantu tolong tengokkan anak2 bermain. Mandi dan siapkan anak2. Azan Maghrib suami akan kesurau dan balik lepas Maghrib untuk makan malam. Kadang tak balik kalau ada program kat surau. Jadi kami 3 beranak akan makan dulu. Antara 7.30 hingga 9.30 malam itulah masa yang betul2 ada untuk anak2. Untuk check kerja sekolah anak, mengaji dan rehat dengan anak.

Kadang tak sempat nak buat semua tu tengok2 Si Abang dah tertidur dan Si Adik juga merengek nak tidur. 9.30 hingga 10 mlm rumah dah sunyi. Sedihnya. Kesianya anak2. Ibu tak puas lagi bermain lain dengan korang2 dah tidur. Em.. tidurlah. Semoga esok kita dipanjangkan umur untuk kita berjumpa lagi. Aku bercadang untuk ambil cuti tanpa gaji demi kerana anak2. Tapi banyak perkara perlu difikirkan. Walaupun mungkin tak dapat bersama anak2 sepenuh masa. Tapi Ibu cuba berikan yang termampu. Sekarang ni dalam usaha untuk sattle kan hutang2 dalam slip gaji sepanjang tempoh bercuti, supaya nanti dapatla bercuti dengan tenang. Dan tak perlu nak fikir nak bayar2 hutang.

Niat nak bercuti hanya disebabkan anak2, teringin nak besarkan anak2 sendiri tanpa serahkan kepada pengasuh. Tapi kehidupan ini menuntut untuk turut bekerja. Tak dapat nak berhenti kerja dapat bercuti dalam tempoh tertentu pun tak apalah. Ini cuma perancangan yang dibuat. Perancangan hamba Dia yang lemah dan hanya dia yang tentukan. Pekeliling cuti tanpa gaji menjaga anak. Mungkin pada siapa yang nak baca boleh baca kat link ni.

Cerita Mesin Jahit..

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥


Puas survey pasal mesin jahit. Sebelum beli aku ada dua pilihan, samada mesin jenis lama atau mesin fortable. Last decide beli mesin Butterfly berkaki. Sebab mak nasihat beli yang macam ni dan pengalaman mak dah pakai dua jenis mesin ni. Jadi mak prefer mesin jenis macamni. Jadi aku pun
belilah. Harga RM600. Boleh kata murah sebab sebelum beli dah survey tiga kedai. Masa beli ni xada GST lagi. Aku beli mesin ni sebab kira2 harga mesin ni under budget lah. Sebab xkene fikir nak kena beli meja lagi. Tapi.. Tapi.. Tapi.. Huhuhu.. Tapi bila dah beli dan guna rasanya xlah sesedap mesin mak di kampung. Motor agak laju, bila nak jahit aku xdapat nk control. Puas adjust, telefon bapak dan kedai. Hantar kedai setting dan itu ini. Hari tu jahit benang selalu patah. Bawak gi kedai rupanya aku tersalah masuk jarum. Hahaha.. Mak cakap biasalah sebab baru lagi. Tapi hati mula down.. Huhu.. Hati ni dan kepala dah mula berfikir2 nak tukar mesin. Tapi takut2 jugak nak buat keputusan coz takut suami marah. Baru beli tapi dah nak beli yang lain pulak. Dah la duit xberapa nak ada. Tapi lepas cakap elok2, dia pun ok. aku pun gi survey2 dan beli lah mesin ni plak. aku beli dengan harga RM899 Waktu tu dah GST. Sebelum GST aku survey hanya RM799. Tapi ni RM899 termasuk wide table. Katanya free wide table, tapi AA tak rasa free sebab gi survey kedai lain hanya RM850 tanpa wide table. Aku still kena bayar wide table tapi dengan harga RM49. Tapi masih
berbaloi. 
Sebab kalau tengok wide table ni orang jual lebih kurang RM100 jugak. Tapi baru ni 
aku ada gi kedai tu untuk beli barang2 jahitan tapi harga mesin tu dah jadi RM920. Bila tanya kedai kenapa harga naik lagi? Pembantu kedai tu bagitahu sebab GST. Aku bagi tahu, kan dah naik hari tu masa akak beli. Kemudian pembantu kedai tu cakap sebab pihak kilang Brother tu sendiri yang naikkan harga. Jadi kedai2 terpaksa ikut harga kilang. Huhu.. Apa2 alasan dari kedai pun aku rasa dalam hal ni pengguna tetap menjadi mangsa. Pihak2 kedai dan pembekal mengambil kesempatan atas pelaksanaan GST ni. So berbalik semula pada cerita asal. Mesin lama aku dah jual. Jual pada harga RM500. Tak sampai sebulan pun guna. Sayang jugak. Tapi nak buat macamana bila hati dah tersangkut. Pasal meja mesin fortable tu, aku amek rak/meja kayu dapur gas lama. Semua gara2 nak save budget, sb xnak beli meja. Tapi dah jadi rugi pulak.. Adui lah..

Sunday 1 March 2015

Kek Batik Cik Ani

0 comments
♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥

Nak share projek hujung minggu. Bagi yang dah biasa, boleh pijam mata je buat. Tapi bagi saya nilah1st time buat sendiri. Dulu tengok K. Long je buat. Ni nak try buat sendiri. Alhamdulillah jadi. Nak kongsi resepi ikut cara aku ye..
Bahan
1) 250g Buttercup 
2) 250g Milo
3) 1 Paket  Biskut Marry
4) 1/4 Susu Pekat
5) 2 Sudu kecil Serbuk Koko
6) Badam, colour rise
Cara-cara
1) Alas permukaan loyang dengan plastik. (Untuk mudahkan kita keluarkan bila dah sejuk)
2) Susun 1 lapis biskut terlebih dulu  dalam loyang.
3) Cairkan buttercup (Dengan api kecil)
4) Masukkan milo sikit demi sedikit. (Kacau sampai rata)
3) Masukkan susu (Boleh kurangkan kalau tak suka manis)
5) Masukkan serbuk koko (Jangan berhenti kacau,nanti berkerak & hangit)
6) Tuang ke dalam bahan yang dimasak tadi.
7) Susun lagi biskut marry, ulang sehingga penuh loyang. Masa susun tekan bg padat. 
8) Hentak sikit supaya padat dan rata.
9) Tabur badam, color rise. Tunggu suam sikit masukkan dalam peti. 
Sedap makan masa sejuk2..

Cuci Tapak Seterika

1 comments
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari nak share macamana nak cuci iron. Iron ni memang banyak berjasa.Dari duduk rumah sewa bujang Kg. Baru sampailah dah kawin anak 2 ni. Alhamdulillah. Berkat duit gaji. Iron ni sedap pakai sebab ringan. Beli pun murah je ;)  Berbalik pada cerita asal macamana nak cuci iron ni.

Bahan diperlukan
♥ Kertas pasir yang paling halus
♥ Daun pisang

Cara-cara
♥ Gosok dengan lembut atas permukaan tapak iron, jangan tekan kuat. Layan je sebab tak nak calarkan permukaan tapak iron tu.
♥ Bila dah licin, bersih dan puas hati, panaskan iron pada suhu rendah dan gosok atas daun pisang. Tujuannya untuk menghaluskan lagi permukaan tapak iron tu.
Aku sendiri teruja sebab iron sebelum ni memang hodoh. ♥♥♥ 
Inilah hasilnya. Puas hati sangat. :-D
 

.. Amni Arica Faizali .. Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template