♥Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang♥
Bila tengok wajah anak waktu tidur, bertambah sayu rasa hati. Dan datang perasaan sayu. Semoga catatan ni boleh dijadikan tatapan buat anak2 juga. Berapa jam sangatlah waktu bersama anak2. 6 pg bangun dan 7 pg dah keluar rumah. Masing2 akan keluar dengan urusan masing2. Ibu ke pejabat dan ayah akan hantar anak2 ke destinasi masing2 dan seterusnya masuk ke pejabat. 6 ptg Insayaallah panjang umur, kita jumpa semula kat rumah. 6 ptg bila sampai di rumah anak2 dan suami dah ada. Sampai rumah salin pakaian dan mulakan urusan di dapur dan pastikan siap sebelum jam 7 malam. Suami akan bantu tolong tengokkan anak2 bermain. Mandi dan siapkan anak2. Azan Maghrib suami akan kesurau dan balik lepas Maghrib untuk makan malam. Kadang tak balik kalau ada program kat surau. Jadi kami 3 beranak akan makan dulu. Antara 7.30 hingga 9.30 malam itulah masa yang betul2 ada untuk anak2. Untuk check kerja sekolah anak, mengaji dan rehat dengan anak.
Kadang tak sempat nak buat semua tu tengok2 Si Abang dah tertidur dan Si Adik juga merengek nak tidur. 9.30 hingga 10 mlm rumah dah sunyi. Sedihnya. Kesianya anak2. Ibu tak puas lagi bermain lain dengan korang2 dah tidur. Em.. tidurlah. Semoga esok kita dipanjangkan umur untuk kita berjumpa lagi. Aku bercadang untuk ambil cuti tanpa gaji demi kerana anak2. Tapi banyak perkara perlu difikirkan. Walaupun mungkin tak dapat bersama anak2 sepenuh masa. Tapi Ibu cuba berikan yang termampu. Sekarang ni dalam usaha untuk sattle kan hutang2 dalam slip gaji sepanjang tempoh bercuti, supaya nanti dapatla bercuti dengan tenang. Dan tak perlu nak fikir nak bayar2 hutang.
Niat nak bercuti hanya disebabkan anak2, teringin nak besarkan anak2 sendiri tanpa serahkan kepada pengasuh. Tapi kehidupan ini menuntut untuk turut bekerja. Tak dapat nak berhenti kerja dapat bercuti dalam tempoh tertentu pun tak apalah. Ini cuma perancangan yang dibuat. Perancangan hamba Dia yang lemah dan hanya dia yang tentukan. Pekeliling cuti tanpa gaji menjaga anak. Mungkin pada siapa yang nak baca boleh baca kat link ni.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2014/pp052014.pdf Wallahua'allam..



0 comments:
Post a Comment